Sunday 4 August 2019

FITNAH DI MEDIA SOSIAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Hasil carian imej untuk polisas
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
SESI JUN 2019
DCG 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : 
FITNAH YANG BERLAKU DALAM MEDIA SOSIAL
NAMA PENSYARAH :
USTAZAH CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
NAMA AHLI : 
FARHAH AIDA BINTI NAZARUDIN (02DGU17F1029)
NUR AZILAH BINTI ABD AZIZ (02DGU171026)
NURUL HIDAYAH BINTI ISMAIL (02DGU17F1050)
TENGKU NURUL AIN BINTI HASSAN (02DGU17F1142)
NUR KHAIRIYAH BINTI NOR AZMI (02DKA17F1186)
KELAS :
DGU 5A

irsalinazd cat pastel greeting hijab GIF

FITNAH DI MEDIA SOSIAL

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan e-folio yang ditugaskan ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuhnya penghargaan Kepada Ustazah Cik Razana Binti Mohd Kasim Pensyarah Matapelajaran KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM diatas kesudian dan kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sanggup membantu kami dari segi bantuan kewangan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian Terima Kasih.

Hasil carian imej untuk FITNAH INTERNET


Pengenalan


Pada era globalisasi ini, isu fitnah semakin berleluasa sejajar dengan kemajuan teknologi dan ekonomi di negara kita. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh setiap agama kerana ia akan menimbulkan pergaduhan dan ketidaksefahaman antara pihak yang terlibat.
Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti berfitnah.

Banyak firman Allah dalam Al-Quran dan hadis yang menyatakan tentang fitnah dan keburukannya. Antara firman Allah yang menyatakan tentang fitnah ialah:

Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Dengan firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini kerana dapat mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya:
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah kerana kesan fitnah adalah sangat buruk sehingga boleh memudaratkan dan memberi impak yang sangat besar kepada seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
bike rotate Sticker


Definasi fitnah

Fitnah dalam bahasa Arab memberi erti bencana, ujian dan cubaan. Dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani iaitu perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah pula didefinisikan sebagai tuduhan, khabarm kisah dan lain-lain yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.

Fitnah secara umumnya  merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

Dalam Al-Quran, kata fitnah disebutkan pada 34 tempat dan digunakan untuk erti atau makna yang berbeza. Kitab-kitab hadis juga pada umumnya memasukkan bab tertentu tentang fitnah. Sebagai contoh, Kitab Sahih Al-Bukhari ada memasukkan 78 hadis tentang fitnah. Makna fitnah dalam Al-Quran ialah:

1. Fitnah yang membawa maksud syirik.
Firman Allah:
              “Syirik lebih dasyat dosanya daripada membunuh.” (Ayat 191:Surah Al-Baqarah)

2. Fitnah yang membawa maksud ujian dan cubaan.
Firman Allah:
              "Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat 3:Surah Al-Ankabut)

3. Fitnah yang membawa maksud seksa.       
Firman Allah:
                “Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta agar disegerakan.”(Ayat 14:Surah Az-Zariat)

4. Fitnah yang membawa maksud dosa.     
Firman Allah:
                 "Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat 49:Surah At-Taubah)

5. Fitnah yang membawa maksud kekufuran.      
Firman Allah:
                 "Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48:Surah At-Taubah)

6. Fitnah yang membawa maksud pembunuhan dan kebinasaan.      
Firman Allah:
                 "Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat 101:Surah An-Nisa) 

7. Fitnah yang membawa maksud berpaling dari jalan yang benar.      
Firman Allah:
                 "Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran."( Ayat 49:Surah Maidah)

8. Fitnah yang membawa maksud sesat.      
Firman Allah:
                 "Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41:Surah Al-Maidah)

9. Fitnah yang membawa maksud alasan.      
Firman Allah:
                 "Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin."(Ayat 23:Surah Al-An'am)

                  Jika diperhatikan, semua gambaran Al-Quran di atas adalah kesan buruk dari fitnah. Banyak kesan buruk yang akan terjadi akibat fitnah yang tercetus. 


bunny waiting Sticker by Breden Kids

Jenis-jenis fitnah

1. Jenis – jenis fitnah dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


a.     Fitnah Syubhat
-    Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fitnah syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.  Contoh-contoh fitnah syubhat ialah kekafiran, kemunafikan, dan bid’ah penyebab perpecahan.
-       Rasulullah SAW amat risau tentang fitnah syubhat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang ertinya : “Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.”(H.R.Ahmad).

b.     Fitnah Syahwat
-    Fitnah syahwat merupakan perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh hawa nafsu.  Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas untuk beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta dan hasutan dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
-  Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah SWT berfirman yang ertinya: “Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Q. S. Al-Imran: 14).



2. Jenis – jenis fitnah dari segi undang – undang terbahagi kepada dua bahagian
   iaitu:

a.     Liber
-         Libel adalah sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Fitnah tersebut dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan, lukisan, gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh yang melibatkan deria penglihatan.


b.     Slander

-        Slander adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada fitnah dalam bentuk lisan seperti percakapan mahupun perbualan. Fitnah dalam bentuk slander dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu bukan semua yang didengar itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah 1957, siaran radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel.




Sebab-sebab fitnah

Mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan. Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat. Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya. Fitnah juga berlaku daripada sifat manusia seperti yang telah dinyatakan dibawah ini seperti:
1.  Di dorong oleh sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri.
2.  Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan                (harta  benda) melebihi kepentingan agama.
3.  Mengikut hawa nafsu dan niat yang tidak baik.
4.  Tidak meletakkan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. teratas di dalam kehidupan seharian.
5.  Terlalu cuai dan melampau



black and white fun Sticker by Breden Kids
Kesan fitnah


Fitnah bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Namun, penyebaran fitnah menerusi internet kini telah menjadi satu fenomena baru yang mendatangkan banyak keburukan kepada pelbagai pihak seperti terhadap individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

1. Individu
Orang yang melakukan fitnah biasanya hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang lain pada hari mendatang.  Nama baik dan air muka seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujudnya fitnah yang dilemparkan terhadapnya dan boleh membawa kepada keaiban. Hal ini akan menyebabkan wujudnya rasa kebencian dan permusuhan oleh orang lain terhadap mangsa fitnah tersebut. Oleh itu, individu tersebut bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan serong malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikaikan.

Selain itu, fitnah secara tidak lansung boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadapnya. Tanpa iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu pasti akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang melampau sehingga melarikan atau menyepikan diri dari masyarakat. Jika keadaan lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agoraphobia, iaitu sejenis masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut yang melampau untuk berada di tempat awam atau terbuka.

Di samping itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan akibat hilang kepercayaang orang sekeliling yang terlalu percaya akan fitnah yang tersebar itu.
  
2. Keluarga 
Perbuatan fitnah juga akan menyebabkan sesebuah keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain kerana berlakunya salah faham. Hubungan kekeluargaan juga akan sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram dan sentiasa berbolak-balik. Ini secara tidak lansung akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam dalam diri mereka dan mendorong kepada pergaduhan atau pertelelagahan.

Kesan terhadap individu juga akan memberi impak yang sangat besar terhadap hubungan kekeluargaan seperti tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan penceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang tersebar. Ini juga akan memudaratkan keluarga itu sendiri kerana berlakunya kekasaran dan pukul-memukul antara suami isteri sehingga memberikan tekanan kepada anak-anak khususnya yang masih kecil.

3. Masyarakat
Fitnah ialah satu perkara besar yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.  

Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur, maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat. Oleh itu, hilanglah sifat permuafakatan dalam kalangan masyarakat dan berkuranglah amalan kemasyarakatan antara mereka yang telah dipupuk sejak azali lagi. Kehidupan bermasyarakat mereka juga akan huru-hara dan porak peranda akibat permusuhan. 

4. Negara
Fitnah juga mampu menngancam keselamatan negara apabila nama baik negara terjejas. Anasir-anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan. Apabila salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah. Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.

Keburukan dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah negara itu. Selain itu, fitnah juga akan memberi tempias kepada sektor pelancongan sesebuah negara malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.

5. Agama
Penganut agama Islam akan rasa takut dengan balasan dosa dan azab seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Namun, penganut agama lain akan memandang serong terhadap agama Islam dan seterusnya hilang rasa hormat akan agama Allah ini akibat daripada budaya fitnah yang berleluasa dalam kalangan umat Islam pada masa kini. Akhir sekali, penghinaan dan penindasan kepada umat Islam akan terjadi dengan lebih ekstrem.



Langkah-langkah mengatasi fitnah


Pada masa kini, isu fitnah kian menular dalam kalangan masyarakat dan perlu diatasi dengan segera memandangkan impaknya terhadap individu, masyarakat dan negara amatlah besar sehingga mampu meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan mahupun institusi agama. Oleh itu, langkah-langkah bijak harus diambil terutamanya oleh pihak kerajaan untuk membendung dan mengatasi budaya fitnah ini.

Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sebuah badan khas yang akan menyelenggera atau menapis segala paparan di media sosial. Hal ini kerana, media sosial telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka, bebas dan pantas berbanding media cetak. Apatah lagi apabila konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri telah membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat samada sahih atau tidak. Jika badan ini diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya disiarkan dapat dihalang dari tersiar, seterusnya mampu mengatasi masalah fitnah ini.

Seterusnya, pihak kerajaan wajiblah menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan. Undang-undang tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat kepada pengfitnah malahan mampu menakutkan semua orang agar tidak sewenang-wenangnya berkata, menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak sahih memandangkan impaknya amatlah besar kepada pelbagai pihak bak kata pepatah, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Di samping itu, pihak kerajaan perlulah memberikan pendedahan yang meluas dan berkesan kepada masyarakat tentang etika penulisan yang sebenar. Jika diperhatikan, masyarakat kini lebih cenderung untuk sekadar menulis apa-apa sahaja yang terlintas di benak fikiran tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul akibat dari penulisan tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak tahu dan tidak peka terhadap etika penulisan yang betul atau undang undang berkaitan dengan penulisan itu sendiri. Dalam hal ini, media massa dan elektronik menjadi medium yang sangat penting pada kerajaan dalam menyebarkan prosedur sebenar tentang penulisan yang tidak melanggar syarat-syarat menulis bukan sahaja berkaitan isu sensitif seperti isu agama dan politik malahan dalam penulisan umum.
  
Selain itu, budaya fitnah juga dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan mewajibkan atau melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman media sosial didaftarkan terlebih dahulu dengan kerajaan sebelum boleh dilayari. Hal ini bagi memudahkan pihak kerajaan membuat pantauan dan mengesan sebarang maklumat yang tidak sah atau tidak benar. Ini juga akan membuatkan seseorang lebih berhati-hati dan akan meneliti terlebih dahulu penulisan mereka supaya tidak mengandungi unsur fitnah yang akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan yang setimpal.

sassy monster Sticker by Breden Kids

Undang-undang menurut islam


Merujuk kepada undang-undang Islam berkaitan dengan hak kebebasan

bercakap dan mengeluarkan pendapat adalah telah jelas terdapat dalam alQur’an, al-Sunnah dan penulisan-penulisan para ulama. Hal ini dapat dibuktikan
dengan firman Allah (s.w.t.) dalam Surah al-Tawbah, ayat 71:

Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh
berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.

Begitu juga dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 110:

Terjemahan: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji).

 Dalam ayat yang lain, Allah (s.w.t.) melarang daripada mendedahkan
keburukan orang lain melainkan dalam kes tertentu sahaja. Ini dapat dilihat
dalam Surah al-Nisa’, ayat 148:

Terjemahan: Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh
orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.

Maksud ayat di atas ialah orang yang dizalimi tidaklah salah jika dia
mendedahkan kejahatan pihak penzalim terhadapnya demi untuk mendapat
pembelaan.

 Berdasarkan kepada pengertian umum ayat-ayat di atas, Islam memberi
hak kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat kepada kesemua
manusia, lebih-lebih lagi bagi perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dan
menolak keburukan dalam masyarakat. Hak kebebasan ini tidak hanya diberikan
dalam kes sesuatu isu tertentu, bahkan ia boleh digunakan dalam kesemua
keadaan asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan
dalam masyarakat.



 Keadaan ini juga dapat dibuktikan dalam zaman Rasulullah (s.a.w.).
Baginda telah memberikan hak ini kepada semua orang ketika itu sehinggakan

untuk mengatur strategi peperangan bagi mengawal Kota Madinah bagi
menempuh peperangan Uhud dan juga Khandaq, baginda memilih pandangan
yang paling baik dikalangan para Sahabat. Ini menunjukkan bahawa Islam
mengiktiraf kebebasan bercakap dan memberi pendapat demi untuk
pembangunan umat dan negara.

 Di samping Islam menganugerahkan hak kebebasan bercakap dan
mengeluarkan pendapat kepada semua manusia, Islam juga menganugerahkan
hak mendapat perlindungan terhadap maruah dan kemuliaan diri bagi setiap
individu. Hak ini diberikan kepada setiap individu supaya mereka tidak mudah
difitnah dan diaibkan oleh orang lain. Ini dengan jelas tercatat dalam al-Qur’an,
Surah al-Hujurat, ayat 11 hingga 12.Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut,
dapatlah dikatakan undang-undang Islam menjaga dan mengawasi kebajikan
umat manusia dengan memastikan setiap diri mereka dilindungi daripada
sebarang fitnah libel dan slander. Maksud ayat daripada Surah al-Hujurat
tersebut “…dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya
yang lain…” dan maksud ayat 11, Surah al-Qalam: “Yang suka mencaci, lagi
yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”
jelas terbukti bahawa fitnah tanpa mengira melalui lisan atau tulisan dan juga
tanpa mengira wahananya sama ada melalui penyiaran televisyen, cetakan surat
khabar ataupun talian Internet dan telepon adalah kesemuanya haram dilakukan
menurut undang-undang Islam. Dan jika dapat disabitkan pihak yang
melakukannya, maka pihak itu boleh dikenakan hukuman hadd qazaf atau takzir
mengikut jenis kesalahannya.
 Keadaan ini disokong dengan firman Allah (s.w.t.) dalam Surah al-Hujurat,
ayat 6:

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maksud ayat di atas dapatlah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang menerima sebarang berita daripada orang lain tanpa mengira sama ada ia melalui ungkapan, kiriman kertas, hebahan dalam televisyen, siaran radio, paparan papan buletin Internet atau sistem maklumat ringkas, sewajibnya pihak penerima berita tersebut menyelidikinya terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Dari sudut prosedur kehakiman, ayat ini juga dapat difahami bahawa hanya semata-mata pihak yang membuat berita itu sahaja patut diselidiki dan dikenalpasti di samping kebenaran berita itu. Apabila dikenal pasti pihak yang membawa berita itu fasik, maka berita itu dikira sebagai terbatal, iaitu tidak boleh diterima. Sehinggakan jika mengikut Imam al-Shafi‘i, jika berita fitnah itu ditujukan kepada seseorang tertentu, maka pelakunya dikira fasik yang tidak boleh diterima menjadi wali dalam kes pernikahan. Maka, daripada kenyataan ini, apa yang hendak ditekankan ialah pihak sebenar yang membuat sesuatu fitnah itu sewajibnya dikenalpasti, bukannya pihak lain termasuk pihak perantaraannya, melainkan terdapat elemen penyubahatan antara pihak yang membuat fitnah dengan pihak perantaraannya. Undang-undang Islam menganggap bahawa sebarang bentuk perbuatan, kelakuan atau perkataan yang dilakukan untuk memfitnah seseorang tertentu, maka ia boleh dikira sebagai suatu kesalahan fitnah tanpa mengira sama ada ia disiarkan atau dihebahkan dalam bentuk sementara atau kekal, sama ada dalam 36 Al-Sabuni, Safwat al-Tafasir, juzuk 3, hlm. 233. 37 Ibn al-‘Arabi, Ahkam al-Qur’an, juzuk 4, hlm. 1715. 20 bentuk gambaran, lukisan, arca, patung, tayangan, karikatur, coretan dan sebagainya. 38 Dan juga tanpa mengira sama ada ia menggunakan apa-apa perantaraan alat komunikasi bagi menyampaikan fitnahnya itu ataupun tidak. Kata-kata atau ungkapan yang menyakitkan hati, mengaibkan atau merendahkan maruah seseorang tertentu dilarang oleh undang-undang Islam, inikan pula kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah. Sudah pasti ia amat dilarang oleh undang-undang Islam. Daripada perbincangan bab-bab yang lalu, dapat difahami bahawa undang-undang Islam melarang daripada mengumpat atau mengata-ngatakan sesuatu perkara berkaitan dengan diri seseorang tertentu, sekalipun katakatanya itu benar dan ia dinamakan sebagai ghibah. Inikan pula sesuatu ungkapan atau perkataan itu yang sememangnya direka-reka yang boleh menjadi suatu bentuk fitnah, malah lebih-lebih lagilah ia dilarang dan ia dinamakan sebagai buhtan. Dan banyak lagi bentuk-bentuk ungkapan yang dilarang oleh undang-undang Islam dan ia diistilahkan sama ada sepertimana dua istilah tersebut atau sukhriyyah (ejekan/hinaan, lamz (fitnah) dan sebagainya. Jika sekiranya sesuatu ungkapan itu boleh dianggap fitnah sekalipun ia disiarkan atau disebarkan hanya kepada pihak yang difitnahkan, inikan pula jika perkara fitnah tersebut disiarkan secara meluas melalui Internet dan sistem mesej ringkas telepon mudah alih dan ia bercirikan fitnah libel yang kekal. Maka perbuatan sedemikian amatlah dilarang oleh undang-undang Islam dan sudah pastilah pihak yang difitnah itu boleh mengambil tindakan undang-undang menuntut ganti rugi kepada pihak pemfitnah atas keaibannya yang dia alami dari sudut psikologi dan emosi atau memohon injunksi supaya fitnah itu disekat dan dihapuskan daripada ia terus disebarkan dalam Internet atau sistem mesej ringkas itu. Persoalan lain yang muncul dalam kes fitnah melalui Internet atau sistem mesej ringkas ini ialah siapakah yang bertanggungan jika kes tersebut terjadi mengikut pandangan undang-undang Islam? Hal ini dilihat dan dinilai dengan memastikan siapakah yang memainkan peranan tersebut secara langsung dan siapakah pula yang kedudukannya boleh dikategorikan secagai tidak langsung, atau kedua-duanya memainkan peranan sebagai pembuat fitnah secara langsung ataupun kedua-dua pihak tersebut sebagai pembuat fitnah secara tidak langsung. Jika diteliti secara mendalam, sudah pastilah dapat dikatakan bahawa pihak yang menulis fitnah itu sebagai pembuat fitnah secara langsung dan pembekal perkhidmatan papan buletin atau syarikat penyedia perkhidmatan sistem pesanan atau mesej ringkas ini sebagai pihak yang berada pada situasi tidak langsung. Ini adalah kerana dia hanya merupakan pihak yang menyediakan kemudahan talian komunikasi itu sahaja, bukannya perancang atau pembuat bahan fitnah tersebut. Oleh itu, dalam kes sebegini perlu dirujuk kepada satu kaedah fiqh yang berbunyi:


Terjemahan: Apabila berhimpun pelaku secara langsung dan pelaku secara tidak langsung (penyebab), disandarkan (dibebankan) hukuman kepada pelaku secara langsung.

Hukuman hanya dibebankan ke atas pelaku secara langsung sahaja atas sebab bahawa dia merupakan penyebab yang sebenar-benarnya memberi kesan kepada sesuatu kes itu dan asas sesuatu hukuman itu pula sememangnya ditujukan kepada pihak yang mewujudkan sesuatu perbuatan itu bukannya kepada penyebab-penyebab lain sekalipun ia mempunyai hubungan dengan kes itu. Ini adalah kerana pelaku secara langsung itu dikira lebih kuat dan lebih hampir kepada akibat sesuatu kejadian itu. 40 Hal ini berkemungkinan sama dengan satu maxim Latin berbunyi: causa proxima non remota spectatur, yang memberi maksud “sebab yang segera diambil kira, bukannya sebab yang terpencil.41 Pelaku secara tidak langsung merupakan seorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan dan antara perbuatannya dengan kesan atau akibat yang ada hubungan dengan perbuatan itu telah dicelahi atau diselangi oleh suatu perbuatan orang lain yang telah melakukannya secara sukarela. Adapun pelaku secara langsung pula merupakan seorang yang telah menyebabkan suatu kesan atau akibat daripada perbuatannya tanpa dicelahi antara kedua-duanya itu oleh suatu perbuatan orang lain yang telah melakukannya secara sukarela. Dengan sebab itulah, pelaku secara langsung ini lebih hampir atau lebih wajar dibebankan hukuman ke atasnya jika dibandingkan dengan pihak pelaku secara tidak langsung. Persoalan pembuat fitnah (pelaku secara langsung) dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan penyiaran fitnah (pelaku secara tidak langsung) dapat dibuat analogi dengan kes seseorang menggali lubang di atas jalan raya tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan kemudian seseorang lain menyebabkan binatang kepunyaan seseorang terjatuh ke dalam lubang itu, maka tanggungan terhadap kecederaan atau kematian binatang itu dipertanggungjawabkan ke atas pihak yang telah menyebabkan binatang itu terjatuh (pelaku secara langsung), bukannya pihak yang menggali lubang itu (pelaku secara tidak langsung). Melainkan dapat dibuktikan bahawa tidak wujud sebarang perbuatan orang lain yang mencelahi antara perbuatan penggali lubang dengan akibat kecederaan atau kematian yang dialami oleh binatang itu. Maka dalam kes sebegini, pihak penggali lubang bertanggungan terhadap ganti rugi ke atas binatang itu, kerana dia dianggap sebagai muta‘addi disebabkan tindakannya itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. Analogi lain yang boleh dikiaskan dalam undang-undang Islam kepada kes yang melibatkan pembekal perkhidmatan Internet dan juga penyedia kemudahan telepon mudah alih adalah seperti kes kemudaratan yang disebabkan oleh kanak-kanak atas alasan kecuaian penjaganya. Kanak-kanak dalam kes sedemikian merupakan wahana kepada kemudaratan yang berlaku, sepertimana syarikat pembekal perkhidmatan Internet dan talian telepon, maka pihak yang sebenarnya bertanggungan adalah penjaganya, kerana dia telah cuai atau tidak berhati-hati dalam penjagaan kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat 23 dirujuk seperti dalam kes jika seseorang memberi sebilah pisau kepada seorang kanak-kanak dan tiba-tiba pisau yang dipegang oleh kanak-kanak itu terjatuh lalu mencederakan dirinya atau orang lain, pihak yang memberikan pisau itu bertanggungan atas kecederaan tersebut. Ini adalah kerana pihak yang memberikan pisau itu dikira sebagai pihak pelaku tort dalam menggunakan kanak-kanak itu bagi memegang pisau yang diberikannya dan dia juga sebagai penyebab muta‘addi kepada kes kecederaan tersebut, manakala kanak-kanak kecil itu hanya dikira sebagai wahana kepada kemudaratan yang berlaku, bukannya pelaku secara langsung. Dan kejadian itu pula berlaku secara kemalangan, tanpa elemen "ikhtiar" daripada kanak-kanak tersebut. Tetapi sekiranya wujud elemen "ikhtiar" daripada kanak-kanak itu, maka pihak yang memberi pisau tidak bertanggungan, kerana dalam kes sebegini, kanak-kanak itu dikira sebagai pelaku secara langsung.

bird tail Sticker by Breden Kids
Undang-undang menurut sivil


PEMFITNAH BOLEH DIDAKWA MENGIKUT 3 AKTA

1.FITNAH JENAYAH

Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
·   Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
·                                                          Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda

2.FITNAH HASUTAN

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
  • Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
  • Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
  • Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
  • Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu

3. FITNAH SIVIL

Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
  • Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
  • Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi 
Pihak yang Terlibat
  • Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
  • Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
  • Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.
Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
  • Ganti Rugi Khas - perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi
    mesti diberikan.
  • Ganti Rugi Am Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
  • Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
  • Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
  • Sekatan/halangan (Injunction) ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
    Memohon Maaf Secara Terbuka selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.
     
Pembelaan

  • Justifaksi (justification) bukannya satu pembelaan yang mudah kerana defendan harus membuktikan erti perkataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut mempunyai lebih daripada satu maksud.
  • Perlindungan (Absolute Privilege) perkara ini merangkumi prosiding mahkamah, prosiding parlimen dan semua komunikasi rasmi.
  • Perlindungan Bersyarat perkara ini terpakai dalam kes penulis tersebut menyuarakan pendapatnya tanpa niat jahat.
  • Komen berpatutan (Fair Comment) penulisan yang mengandungi fakta dan juga komen yang berpatutan.
  • Fitnah yang tidak sengaja penulis atau penerbit tidak berniat untuk menerbitkan perkataan fitnah tersebut atau tiada mempunyai pengetahuan hal keadaan tersebut merupakan atau boleh difahamkan sebagai fitnah.
  • Permintaan maaf dan pembayaran ke dalam mahkamah perkara ini hanyalah bertujuan mengurangkan ganti rugi.
  • Masa yang terbatas (Limitation Act) tindakan harus dimulakan oleh plaintif dalam masa 6 tahun dari tarikh penerbitan atau penulisan atau pertuturan
  • Kebenaran daripada plaintif plaintif sendiri telah membenarkan penulisan tersebut. Misalnya, temu bual, komen.
  • Penyebaran secara tidak sengaja (innocent dissemination) pembelaan ini adalah untuk perpustakaan, penjualan surat khabar atau majalah, kedai buku dan lain-lain.
  • Penerbitan  secara tidak sengaja (innocent publication) sama seperti fitnah yang tidak disengajakan.
spring singing Sticker by Breden Kids

KESIMPULAN AKTA UNDANG-UNDANG


Secara   kesimpulannya, Akta Fitnahn 1957 yang wujud di Malaysia   telah berjaya melindungi hak kita sebagai rakyat   daripada  segi  menjaga   namabaik dan reputasi dalam kalangan masyarakat. Ganti rugi dan hukuman yang dikenakan  dapat   melahirkan  rasa  takut   untuk   menyebarkan  fitnah   secara sewenang-wenangnya.  Sebagai   seorang   warganegara   yangbertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa bertindak dengan munsabah danmemastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Kita jugatidak   sewajarnya   meyebarkan   kebencian   ke   atas   seseorang   denganmenyebarkan fakta-fakta yang tidak sahih kepada masyarakat. Aktia Fitnah1957   yang   mentadbir   kes   fitnah di Malaysia merupakan suatu akta yang efektif dan berjaya dalam pelaksanaanya.


Lampiran




SEORANG pemilik kedai cuci kenderaan direman tiga hari selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerusi laman sosial Facebook di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada 7 September lalu. GAMBAR HIASAN/UTUSAN




Bee Yin akan saman fitnah tular isu Pasir Gudang



Kesimpulan


Malaysia adalah sebuah negara yang aman, damai dan makmur mestilah saling melengkapi sesama sendiri dengan mengikut etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam di Malaysia adalah agama rasmi yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan atau contoh utama di dalam penggubalan mengikut etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar saling menghormati yang lain, menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.
Namun begitu, fitnah juga dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya kepada umat Islam khususnya. Siksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan yang memfitnah adalah sangat berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah lebih-lebih lagi di akhirat. Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang khusus bagi memastikan umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan sehingga boleh mengakibatkan fitnah. Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan, fitnah itu merupakan satu tindakan yang boleh mendatangkan siksa dan bencana kepada golongan yang difitnah itu sendiri. Islam juga tidak menghadkan fitnah itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut sahaja tetapi tafsirannya sangat luas dan penekanan diberikan kepada ‘perkataan’, tidak kira medium apa yang digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah itu. Lalu, hukuman yang sama terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada pemfitnah siber juga.
Antara punca-punca yang telah dikenalpasti adalah internet sememangnya tidak mempunyai sebarang pemilik atau agensi yang bersifat mutlak keatas perkhidmatannya dan tidak mempunyai sebarang garis panduan yang jelas mengenai undang-undang penulisan siber. Seterusnya, antara kesan-kesan yang dadapati adalah seperti menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang, merosakkan persaudaraan dan perpaduan, mampu menngancam keselamatan negara, kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah negara itu.

      Di samping itu, langkah-langkah untuk membendung gejala ini juga turut diketengahan. Antaranya adalah seperti mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang, menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan, Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan etika penulisan yang sebenar dan mewajibkan atau melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang didaftarkan sebelum boleh dilayari.

No comments:

Post a Comment

FITNAH DI MEDIA SOSIAL

بسم الله الرحمن الرحيم POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH JABATAN KEJURUTERAAN AWAM SESI JUN 2019 DCG 6022 : KOMUNIKASI DAN PENY...